most difficult phase of life is not when no one understand you but when you dont understand yourself;)


Jun 24, 2011

AWESOME week

Assalamualaikum.

Minggu ni sangat bahagia.Rasanya dah complete apa yang aku nak waktu zaman persekolahan. Rasanya kalau ditakdirkan sekolah kena tutup pun aku dah tak kisah.Alhamdulillah bersyukur sangat sebab dapat rasa keseronokan bersekolah akhirnya.Seronok rupanya kalau kita betul-betul hargai semua yang ada dekat keliling kita dan secara spontan semuanya akan baik:)

Ehem.ehem.Test suara.disebabkan aku tahu yang blog ni bukan dibaca sanagt so,tak apa,aku nak riak sikit.Result periksa tengah tahun or diagnostik so far so bad.Walaupun dapat no 2.Empat A sahaja.Tapi bersyukur jugak sebab aku tahu tahap usaha aku macam mana.yang penting dapat kalahkan seby.HAHA.Cikgu-cikgu ramai yang mula ambil berat tanya result.Oh.macam pelik bila cikgu tiba-tiba tanya macam mana pelajaran.Haha:)

Hari Isnin kitorang budak 5 aman buat persembahan untuk minggu akademik and alhamdulillah Ya Allah semuanya berjalan dengan baik.Lebih baik dari yang dijangka.Im proud of my friend.Buat persembahan sajak plus nyanyian.Akhirnya dapat jugak kami buat persembahan. Tak adalah teruk sangat kami ni kan cikgu?

Hari Rabu ada saringan untuk sukan 2 Julai nie.Ehem.and aku masuk acara lempar cakera.What afiqah masuk acara.First memnag takut jugak.Yelah kan.First time.Cakera tu pun aku tak pernah pegang apatah lagi nak lempar bagai kan.Tapi Alhamdulillah.semuanya berjalan dengan baik dan untuk dijadikan lebuh baik yess.aku dapat emas untuk acara tu.Eh!aku dapat emas.Bila dapat tahu tu aku dah histeria atas padang macam orang gila.Cikgu Shahrul dah buat muka:) Sekurang-kurangnya aku ada menyumbang untuk rumah hijau yang hampir kalah itu:)

Hari Khamis:)Pertandingan Pidato tingkatan empat dan lima.Lapan orang perticipants and aku salah seorang dari mereka:)Text pidato tak buat.Bukan tak tahu ada pertandingan tapi..malas punya pasal sampai la aku tengok budak B bersungguh-sungguh nak menang.So aku pun berusaha lah buat teks ucapan KEPENTINGAN MENJANA BAHASA.

Aku dapat giliran ke lapan atau paling tepat last sekali.Aku ni dah la ada stagereophobia atau pun takut dengan pentas.Byanagkan tebgok pentas pun aku boleh menggeletar apatah lagi nak duk kat tengah-tengah stage tu nak berpidato kan?Punya lah takut sampai pergi kencing dua kali.Waktu naik pentas tu aku rasa surah yaasin pun dah habis baca nak hilangkan takut.Tapi entah dari mana datang kekuatan nak bercakap aku pun tak tahu.Lancar jugak la patah-patah perkataan tu keluar.Banyak jugak benda yang tak ada dalam script keluar.Tapi akhirnya semuanya hancur bila aku lupa pantun basic yang aku belajar waktu empat tahun.Yeah pantun yang kurik itu kundi tulah....Berulang kali aku buat bunyi berdecit tanda tak ingat.Penonton dah bantai gelak pegang perut.Aku sendiri pun tak sedar yang sebenarnya aku berdecit macam-macam.Aku ingat aku miming dalam hati rupanya ada suara.cit.Nasib baik diorang ramai-ramai jerit yang merah..Thanx korang:)

Dan Alhamdulillah lagi sekali ikhwan kata aku mungkin dapat nombor satu atau dua.Rasa macam dalam hati ada taman bunga matahari.seronok sangat.And waktu saringan haritu myy sumber inspirasi duduk kat sebelah tanya pasal jarak cakera,Yess.sumber inspirasi awak sangat wangi:)siapa?biarlah RAHSIA

p/s:happy birthday fatin hasaniah,amielia zamri and syazwani shamsuddin:) May Allah bless you:)