most difficult phase of life is not when no one understand you but when you dont understand yourself;)


Aug 22, 2011

definisi sahabat:)

Assalamualaikum:)

Definisi sahabat umpama baju yg kita pakai.Ia melindungi kita,mengindahkan kita,menjadikan kita sempurna di mata orang lain.

Kawan? mungkin sekadar pen yg terletak kemas dipoket...ada boleh,tak ada pun tak pe.
kadang-kadang pen sangat berguna,kadang tu langsung tak guna terutama bila dah tak de dakwat...Ada jugak pen yg dakwatnya keluar mengotorkan poket baju kita.Itu dia kawan kadang-kadang berguna dan kadang tu ada yg menyusahkan.(sumber)



“Perumpamaan persaudaraan kaum
muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
(sumber)



Sejak dua menjak dah nak habis sekolah ni,aku selalu berfikir apa yang aku dapat sepanjang tempoh aku bersekolah ni.Rasa sayang nak tinggalkan sekolah sebab aku taw semua ni tak akan berulang buat kali kedua.

Dan benda yang paling berarga yang aku dapat dari alam persekolahan ni ialah sahabat,kawan. Loyalty and betrayal.Love and hate.happy and sad.Tapi mungkin ada yang tak nempak definisi sahabat tu apa.Alhamdulillah aku dah jumpa orang yang berani bersuara jika aku membuat kesilapan.Yang berani menidakkan apa yang aku salah.Mampu membimbing aku ke arah yang lebih baik.

Kita kalau nak berkawan biarlah sampai ke liang lahad kan?Bukan setakat dekat sekolah menegah aje kan?Opened your eyes.Carilah kawan yang mampu buatkan kau rasa berubah.Mampu mendorong kau kearah kebaikan.Yang mampu ajak kau sembahyang bila masuk waktunya.Yang mempu menegur kau bila kau tak menutup aurat dengan sempurna.Aku mengaku aku tak menutup aurat deengan sempurna.Tapi diorang tegur aku.Afiqah pakai elok-elok.Tudung tu labuhkan:)

Adakah kau seorang sahabat yang baik kalau kawan kau buat dosa dan kau tak mampu nak menegur,sedangkan itu dosa malah ada yang hampir merosakkan akidah.Tapi nak buat macam mana,itu lah kawan yang kau banggakan sangat.Mungkin sebab itu hanya kawan dan bukannya sahabat.

Apa-apa hal pun,aku doakan kau jumpa sahabat kau.Dan semoga hubungan aku dengan sahabat-sahabat aku akan berkekalan.Amin ya Rabbal Alamin.









No comments: