most difficult phase of life is not when no one understand you but when you dont understand yourself;)


Aug 4, 2011

ramadhan itu hikmah

Assalamualaikum.

Selamat menyambut bulan ramadhan awak-awak.

Hari ni hari ke empat puasa.Tapi sayangnya aku masih tak berkesempatan untuk berpuasa lagi.Dah lumrah alam yang datang sebulan sekali tu tak mengizinkan nak buat macam mana kan.
Dulu-dulu waktu still dekat asrama aktiviti waktu puasa dipenuhi dengan hikmah.Tapi bila dah duduk harian aku sendiri perlu bergerak nak buat pahala.Nafsu jadi halangan utama.

Hari Selasa ustazah Lailatul bagi tazkirah pendek.Dia kata betapa Allah sayangkan kita still nak bagi kita rasa ramadhan jadi kita kena manfaatkan setiap detik dari ramadhan ni.Dia cakap Allah sangat bijak membuat perancangan yang trial SPM dibuat lepas puasa supaya kita ada banayak masa untk memohon dari Dia kan?

Ya Allah rahmatilah diriku,rahmatilah kedua ibu bapa ku.Ya Allah jadikan aku anak yang solehah.Kau berikan hidayah kepadaku.Kau sinari hidupku dengan nur iman.Kau pelihara hatiku,tubuhku dan amalku.Jadikan aku hambamu yang taat dan istiqamah ya Allah.Kau berikan kejayaan yang cemerlang buat diriku dan sahabat-sahabatku Ya Allah yang maha pengahsih lagi maha penyayang.Amin Ya Rabbal A'alamin.

No comments: