most difficult phase of life is not when no one understand you but when you dont understand yourself;)


May 18, 2012

Tingkatan enam

Assalamualaikum.

Maybe ramai yang tak tahu yang mulai tahun 2012 sistem pembelajaran dan pengajaran tingkatan enam adalah berbeza dengan tahun tahun yang sebelumnya.Pada dasarnya sistem P&P yang baru ni sangat mirip dengan pembelajaran di peringkat universiti mahupun matrikulasi.

Tingkatan enam bawah tahun ni dikenali sebagai pra universiti junior.Sistem pembelajaran juga menggunakan semester sama seperti di universiti mahupun matrikulasi.Dan yang paling menguntungkan bagi pelajar STPM sesi 12/13 peperiksaan akan dijalankan sebanyak tiga kali di setiap penghujung semester.Markah bagi setiap semester akan ditambah dan diambil puratanya.

Pelajar tingkatan enam yang menggunakan sistem baru juga berpeluang mengulang semula peperiksaan sem satu dan dua pada penghujung sem tiga.Pada dasarnya sistem baru ini sangat memudahkan pelajar dan mengurangkan beban pelajar.

Pemarkahan STPM juga diambil kira melalui kerja kursus,kerja amali,tesis dan projek berkumpulan yang secara keseluruhannya mengambil 20-40 peratus pemarkahan.Jadi seandainya segala kerja kursus dan amali ini berjaya dilaksanakan dengan cemerlang 1/4 pemarkahan peperiksaan sudah ada dalam genggaman.

Ramai yang taknak masuk tingkatan enam sebab takmau pakai baju sekolah.Aku pon. Siapa nak masuk tingkatan enam kan. Mestilah nak masuk universiti. Tapi usaha kerajaan memperbaiki sistem pendidikan tingkatan enam seharusnya dipuji.





No comments: