most difficult phase of life is not when no one understand you but when you dont understand yourself;)


Aug 22, 2011

definisi sahabat:)

Assalamualaikum:)

Definisi sahabat umpama baju yg kita pakai.Ia melindungi kita,mengindahkan kita,menjadikan kita sempurna di mata orang lain.

Kawan? mungkin sekadar pen yg terletak kemas dipoket...ada boleh,tak ada pun tak pe.
kadang-kadang pen sangat berguna,kadang tu langsung tak guna terutama bila dah tak de dakwat...Ada jugak pen yg dakwatnya keluar mengotorkan poket baju kita.Itu dia kawan kadang-kadang berguna dan kadang tu ada yg menyusahkan.(sumber)



“Perumpamaan persaudaraan kaum
muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
(sumber)



Sejak dua menjak dah nak habis sekolah ni,aku selalu berfikir apa yang aku dapat sepanjang tempoh aku bersekolah ni.Rasa sayang nak tinggalkan sekolah sebab aku taw semua ni tak akan berulang buat kali kedua.

Dan benda yang paling berarga yang aku dapat dari alam persekolahan ni ialah sahabat,kawan. Loyalty and betrayal.Love and hate.happy and sad.Tapi mungkin ada yang tak nempak definisi sahabat tu apa.Alhamdulillah aku dah jumpa orang yang berani bersuara jika aku membuat kesilapan.Yang berani menidakkan apa yang aku salah.Mampu membimbing aku ke arah yang lebih baik.

Kita kalau nak berkawan biarlah sampai ke liang lahad kan?Bukan setakat dekat sekolah menegah aje kan?Opened your eyes.Carilah kawan yang mampu buatkan kau rasa berubah.Mampu mendorong kau kearah kebaikan.Yang mampu ajak kau sembahyang bila masuk waktunya.Yang mempu menegur kau bila kau tak menutup aurat dengan sempurna.Aku mengaku aku tak menutup aurat deengan sempurna.Tapi diorang tegur aku.Afiqah pakai elok-elok.Tudung tu labuhkan:)

Adakah kau seorang sahabat yang baik kalau kawan kau buat dosa dan kau tak mampu nak menegur,sedangkan itu dosa malah ada yang hampir merosakkan akidah.Tapi nak buat macam mana,itu lah kawan yang kau banggakan sangat.Mungkin sebab itu hanya kawan dan bukannya sahabat.

Apa-apa hal pun,aku doakan kau jumpa sahabat kau.Dan semoga hubungan aku dengan sahabat-sahabat aku akan berkekalan.Amin ya Rabbal Alamin.









Aug 10, 2011

kenapa aku block kau?

Assalamualaikum:)

Entry ini untuk orang yang kuat imannya dan mampu mengawal amarahnya:)

Entah kenapa aku terniat nak selak buku 300 Kemusykilan Bagi Wanita dan aku jumpa ini

SERING DIHINA ORANG.
soalan:Saya sering dihina oleh orang tertentu walaupun ianya hanya melibatkan perkara yang remeh dan adakalanya maruah saya dan saya hanya mampu bersabar.Soalnya bagaimana ingin menjauhi perkara ini.

jawapan:Sikap menhina orang lain bukan sikap orang Islam.Islam menganjurkan umatnya agar sentiasa menghormati orang lain;orang kecil memuliakan orang tua dan sebaliknya.

Bukan itu sahaja,jika ada keaiban orang lain ia patut ditutup dari dibesar-besarkan.Akibat dari perbuatan ini fitnah,hinaan,cacian dan umpatan berlaku secara berleluasa.

Umat Islam yang melakukan perbuatan begini adalah berdosa.Sebaliknya mereka yang dapat menahan diri dari melakukan perbuatan dosa apalagi orang yang dapat bersabar dengan penghinaan orang terhadapnya akan mendapat pahala yang besar.Seseorang yang mampu bersabar tanpa sungutan dibelakangnya ALLAH janjikan pahala buatnya tanpa hisab.


Aku bukanlah seorang hamba yang kuat yang mampu bersabar dengan setiap umpatan dan cacian yang mereka kata untuk aku.Aku bukan nya malaikat yang tidak mungkin berubah imannya.Aku bukan nabi yang mampu bertahan dengan ujiannya.Aku seorang hamba yang lemah disisinya.

Sungguh aku tak pernah minta nak jadi macam ni.Aku tahu aku tak akan pernah mampu untuk menjadi sempurna keranan aku punya banyak kekurangan.Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku tak macam dia atau dia.Tapi aku sedar Allah maha pengasih lagi maha penyanyabg.Apa yang aku tak ada orang lain ada dan apa yang orang lain tak ada aku ada.Aku berdyukur Ya Allah.

Sumpah aku tak mampu nak bertahan dengan segala hinaan yang aku dengar dan yang aku tak dengar,Emak aku sendiri pun tak pernah cakap macam-macam.Apa hak kau orang?Sempurna sangat.Janji Allah orang yang teraniaya pasti akan terbela.Maafkan aku tapi aku tak mampu nak maafkan orang yang menghina aku sebegitu rupa.Maafkan aku.

Jnagan kau persoalkan kenapa aku block kau dari facebook.Kenapa aku keluarkan nama-nama kau orang dari doa aku.Sebab kau tak pernah hargai setiap apa yang aku sumbangkan.Tak pernah rasa bersalah atas setiap kata dan ucapan yang kau tuturkan.Itu janji aku.


Aug 4, 2011

ramadhan itu hikmah

Assalamualaikum.

Selamat menyambut bulan ramadhan awak-awak.

Hari ni hari ke empat puasa.Tapi sayangnya aku masih tak berkesempatan untuk berpuasa lagi.Dah lumrah alam yang datang sebulan sekali tu tak mengizinkan nak buat macam mana kan.
Dulu-dulu waktu still dekat asrama aktiviti waktu puasa dipenuhi dengan hikmah.Tapi bila dah duduk harian aku sendiri perlu bergerak nak buat pahala.Nafsu jadi halangan utama.

Hari Selasa ustazah Lailatul bagi tazkirah pendek.Dia kata betapa Allah sayangkan kita still nak bagi kita rasa ramadhan jadi kita kena manfaatkan setiap detik dari ramadhan ni.Dia cakap Allah sangat bijak membuat perancangan yang trial SPM dibuat lepas puasa supaya kita ada banayak masa untk memohon dari Dia kan?

Ya Allah rahmatilah diriku,rahmatilah kedua ibu bapa ku.Ya Allah jadikan aku anak yang solehah.Kau berikan hidayah kepadaku.Kau sinari hidupku dengan nur iman.Kau pelihara hatiku,tubuhku dan amalku.Jadikan aku hambamu yang taat dan istiqamah ya Allah.Kau berikan kejayaan yang cemerlang buat diriku dan sahabat-sahabatku Ya Allah yang maha pengahsih lagi maha penyayang.Amin Ya Rabbal A'alamin.